Saturday, August 22, 2009

Ku Titipkan Blog Ini Untukmu..


Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang diberikan. Syukur dan pujian yang tak terhingga juga diucapkan atas kurniaanNya kepadaku seorang serikandi yang bakal menjadi sayap kiriku dalam menyulusuri perjuangan agamaMu..

Sesungguhnya dirimu senantiasaku nanti akan hadirmu dalam hidupku. Ketahuilah bahawa diri ini menyintaimu kerana cinta dan sayangmu kepada Allah dan agamaNya. Jika kau tinggalkan cinta dan sayang ini maka lenyaplah kecintaanku kepadamu bersama kegelapan yang kau pilih.

Ku ingin kau menjadi sebahagian diriku, penguatku dikala aku lemah, pengingat dikala aku lupa, penenang dikala aku keresahan, pembimbing dikala aku alpa dan menjadi penyejuk mataku disepanjang waktu..

Hadirmu juga kuharapkan kesinambungan perjuangan ini dapat diteruskan, bukan oleh orang lain tetapi daripada darah daging kita. Ku dambakan hadirnya jambatan-jambatan akhirat yang sentiasa dapat menyalurkan amalan tatkala terputusnya segala perhubungan dengan jambatan dunia.

Kutitipkan blog ini bukan lain kerana ku ingin kau juga seiring denganku menguturkan kata-kata nasihat, mengingatkan umat yang lupa, memberitahu kepada mereka yang ingin mengambil tahu, menyatakan yang hak dan yang batil agar segala usaha itu menjadi penemu kembali antara kita disatu tempat yang kekal, rumah akhir kita..

Manfaatkan Blog ini, ia juga merupakan jalan dakwah kita, kerana itulah..

Kutitipkan Blog Ini Untukmu..

muslimahsejatiku


musliminsejati
8.38am
2 ramadhan 1430H
23 Ogos 2009
Baitijannati, K.Terengganu
Design by Abdul Munir
Visit Original Post Tas Murah Template